PULAU REDANG KAMI DATANG!!! (DAY 1)
13 MEI 2015
Hai uolls...actually ni first entry nurul.Ye la baru nak berjinak2 nak tulis blog kan. Before this nurul just baca blog2 orang jer. Nurul nak share pengalaman bercuti kat Pulau Redang, Terengganu. Mula2 masa nak pilih tempat bercuti, pening jugak la sama ada nak pilih Pulau Redang atau Pulau Perhentian. Tapi bila baca pengalaman2 orang yg dah ke Pulau Redang ni, terus teruja nak kesini.
Nurul pegi holiday berempat, suami dgn 2 orang kawan rapat. Kitorang bertolak dari KL jam 12.30 malam & sampai lebih kurang pukul 6 pagi. So kami singgah solat Subuh dekat masjid area Kuala Terengganu yang tak jauh dari Jeti Shahbandar. Lepas tu misi cari sarapan kat Pasar Payang. Pasar Payang ni pun tak jauh jgk dari Jeti Shahbandar lebih kurang 5 minit jalan kaki. Satu lagi option korang boleh naik bas dari Terminal Bersepadu Selatan(TBS) di Bandar Tasik Selatan menghala ke Kuala Terengganu. Lepas tu boleh jalan kaki ke Jeti Shahbandar. Gambar kat bawah ni kitorang tengah angkut beg nak masuk ke Jeti Shahbandar dari tempat parking. Pasal bayaran korang jangan risau sebab setiap hari resit akan diletakkan kat kereta. Kalau korang pergi 3 hari maksudnya ada 3 resit. Just bayar waktu nak balik nanti.
Ni suasana luar Jeti Shahbandar. Orang tak ramai sebab still awal lagi. Kitorang yang over excited & tak boleh nak tunggu dalam kereta. Lagi pun kitorang pergi waktu weekdays. Dalam gambar ni Nurul tak der sebab tengah amik tiket kat kaunter. Kitorang bercuti ke Pulau Redang ambik package jadi just pergi ke kaunter tiket & bagi tau nama jer. Setiap Resort ada kaunter tiket masing2. Kitorang ambik package dari Redang Lagoon. Cuma korang kena tambah RM5 sorang untuk yuran Konservasi Taman Laut. Jadi korang kena la rajin2 survey untuk cari package yang sesuai dengan bajet korang.
Si Isma sibuk main handphone sebab boring tunggu Feri. Ni pulak keadaan dlm terminal. Feri akan bertolak pukul 9 pagi.
Video ni pulak waktu pintu terminal dah bukak. Kitorang berjalan menuju ke feri. Muka dah macam tepung basi sebab tido2 ayam sepanjang perjalanan dari KL ke Kuala Terengganu.
Feri yang bawak penumpang ke Pulau redang namanya Sejahtera 3. Perjalanan ambik masa kira2 1 jam 45 minit. Nurul prefer tido jer sebab sepanjang perjalanan nampak laut jer kiri kanan. Buat taik mata lagi best.hihihihi....Korang mesti pelik bot apa pulak kn sebelah feri tu??? Bot ni la yg angkut pelancong ke pantai. X pasti kenapa, maybe kawasan dekat pantai cetek or takut rosakkan hidupan laut.
Korang nampak tak air laut tu??? pergghhh..warna turquoise!!!Masa ni masing2 sibuk ambik gambar. Tapi hati2 sebab bot ni tak der dinding. So, bahaya untuk kanak2 yg berdiri kat tepi bot ni.
Sampai jer kat pantai kenderaan yang macam bajak ni angkut beg & penumpang ke chalet or resort masing2. Cantik nya tempat ni, tak tergambar dengan kata2. Dah macam dalam lukisan uollss!!!
Biasanya kalau pegi melancong, Nurul yang akan sediakan bajet untuk penginapan dan kos2 yang berkaitan. Maklumlah ekonomi sekarang ni tak berapa memberangsangkan.hehehehe... Sampai jer kat Redang Lagoon, Nurul pegi ke kaunter reception untuk ambik kunci bilik & bayar baki pembayaran. Sebulan sebelum bertolak, Nurul dah booking bilik & bayar deposit. Harga sorang RM300. Jadi total kene bayar untuk 4 orang ialah RM 1272. Korang mesti pelik nape lebih RM72 kan??? itu sebab include GST. Cisss!!!Kami ambik 2 bilik twin sharing.
Tapi kami tak boleh terus masuk ke bilik sebab pekerja tengah kemaskan bilik. Pelancong yang stay kat bilik kami lambat check out. So, masa Nurul tengah berurusan dengan receptionist, Isma dengan zatie sibuk duk melayan jiwang. Yang si nawi pulak tengah check coverage agaknya. Korang jangan terkejut yer...line handphone kat sini tersangatlah ok tau!!!Jom layan gambar sekitar Redang Lagoon.
Makan tengahari disediakan jadi lepas check in kami ke dewan makan. Package yang disediakan termasuklah penginapan, 3x snorkeling, 2x sarapan pagi, 2x makan tengahari, 2x minum petang, 1x makan malam & 1x BBQ. Aktiviti snorkeling start pukul 2.30 petang jadi kami curi2 masa buat taik mata.Heeee....zzzzz....Tunggu sambungan part 2 pulak yer...korang mesti teruja habis!!!
Comments
Post a Comment