Posts

Showing posts from March, 2016

JOM KE BANDUNG (DAY 2 - PART 1)

Image
22 FEBRUARI 2014 Adoi...malasnya nak bangun pagi. Letih semalam pun tak hilang lagi ni. Zatie cakap die tak boleh tidur sebab bunyi macam2. Mungkin sebab pertukaran tempat tidur. Aku???Selamat dengan mimpi2 indah nak berjalan2 kat Bandung.Heeeee...Kesian ko Zatie...Lepas bersiap2 kitorang turun sarapan. Menu ringkas jer tapi tetap puas hati. Lagi pun datang sini bukan nak makan kan...huhuhu...Keluar je hotel, dah nampak Pak Rudi tunggu kitorang dekat kawasan parking. Kitorang terus jer menghala ke destinasi pertama, Taman Wisata Alam Tangkuban Parahu seperti yang kitorang rancang semalam. Tangkuban Parahu ni kawasan berbukit jadi suhu ala2 Cameron Highland. Kitorang tak risau sangat sebab Pak Rudi dah biasa bawak pelancong ke sini. Jumpa Ladang teh semasa perjalanan Tepi rumah pun ada kebun sayur Kawasan pertanian atas bukit Jimat minyak kalau naik kuda...heeee Sepanjang perjalanan Nurul turunkan cermin kereta. Nyaman betul bila angin sejuk kena kat muka.

PULAU REDANG KAMI DATANG!!! (DAY 3)

Image
15 MEI2015 Hari ni hari yang paling tak best sebab last day kitorang kat sini. Pagi2 kitorang dah bangun sebab nak tengok matahari terbit. Subhanallah!!! Cantik sungguh keindahan cipataan Allah. Apa lagi masing2 sibuk nak ambik gambar berlatar belakangkan matahari terbit. Ramai jugak yang turun ke pantai sebab tak nak terlepas peluang tengok view yang cantik depan mata. Feri akan sampai dalam pukul 11 pagi. So kitorang ada masa nak buat aktiviti sendiri Si Isma pulak ambik peluang ni berjalan2 kat tepi pantai. Katanya nak kutip kerangan untuk bagi kat mak dia. So sweet..heeeee...Sebenarnya malam semalam kitorang dah pergi ke kedai cenderamata kat Laguna Resort. Just beli key chain jer sebab nama pun percutian budget. Tapi nasib yang tak baiknya, Zatie hilang duit RM100  masa tengah pilih key chain yang nak dibawak balik tu. Adoi memang tak der rezeki. Cantik kan  Laguna Resort  kat hujung sana tu. Harga agak mahal sikit sebab sangat selesa. Yang warna pink tu