PULAU REDANG KAMI DATANG!!! (DAY 3)

15 MEI2015


Hari ni hari yang paling tak best sebab last day kitorang kat sini. Pagi2 kitorang dah bangun sebab nak tengok matahari terbit. Subhanallah!!! Cantik sungguh keindahan cipataan Allah. Apa lagi masing2 sibuk nak ambik gambar berlatar belakangkan matahari terbit. Ramai jugak yang turun ke pantai sebab tak nak terlepas peluang tengok view yang cantik depan mata. Feri akan sampai dalam pukul 11 pagi. So kitorang ada masa nak buat aktiviti sendiri






Si Isma pulak ambik peluang ni berjalan2 kat tepi pantai. Katanya nak kutip kerangan untuk bagi kat mak dia. So sweet..heeeee...Sebenarnya malam semalam kitorang dah pergi ke kedai cenderamata kat Laguna Resort. Just beli key chain jer sebab nama pun percutian budget. Tapi nasib yang tak baiknya, Zatie hilang duit RM100  masa tengah pilih key chain yang nak dibawak balik tu. Adoi memang tak der rezeki.

Cantik kan Laguna Resort kat hujung sana tu. Harga agak mahal sikit sebab sangat selesa. Yang warna pink tu kedai cenderahati




Terbenam dalam pasir pulak. Terpaksa panggil kawan dia untuk bagi bantuan
Anak2 kecil boleh main & mandi kat tepi pantai
Tengah berlatih untuk preparation scuba diving

Resort lain ada tawarkan service ni yer


Konsep kat long beach ni korang boleh pergi ke kedai cenderamata, cafe or pub resort yang lain asalkan korang sedia berbelanja lebih. Kalau korang nak buat aktiviti scuba diving pun boleh. Tapi harga memang mahal la. Redang Lagoon chalet ala2 kampung yang sediakan kemudahan asas sahaja. Pukul 10.30 kami check out & tunggu feri sampai. Jom layan gambar2 masa kitorang tunggu feri. Selamat bercuti uolls!!










Yang bumbung warna hijau tu Redang Reef Resort






Dekat bawah ni Nurul sediakan nama2 chalet or resort yang boleh korang tengok if ade plan nak bercuti ke Pulau Redang.



Ni pulak budget Nurul dan kawan2 masa bercuti di Pulau Redang.


NO.
PERKARA
HARGA (RM)
HARGA (RM)
(1 PAX)
1.
Package di Redang Lagoon ( Termasuk GST)
·        Life Jacket
·        Snorkle
·        Penginapan
·        Makanan & minuman
·        Snorkeling
·     Tambang feri pergi & balik dari Jeti Shahbandar ke Pulau Redang.
1272.00
318.00
2.
Minyak kereta + tol (pergi & balik)
260.00
65.00
3.
Yuran Konservasi Taman Laut Pulau Redang
20.00
5.00
4.
Sewa Bola
10.00
2.50
5.
Sewa GoPro
30.00
7.50
6.
Cenderamata
-
30.00
7.
Sarapan di Pasar Payang (pergi)
20.00
5.00
8.
Makan tengahari di Kuala Terengganu (balik)
32.00
8.00

JUMLAH

441.00


Comments

Popular posts from this blog

PULAU REDANG KAMI DATANG!!! (DAY 1)

PULAU REDANG KAMI DATANG!!! (DAY 2)