JOM KE BANDUNG (DAY 2 - PART 1)

22 FEBRUARI 2014

Adoi...malasnya nak bangun pagi. Letih semalam pun tak hilang lagi ni. Zatie cakap die tak boleh tidur sebab bunyi macam2. Mungkin sebab pertukaran tempat tidur. Aku???Selamat dengan mimpi2 indah nak berjalan2 kat Bandung.Heeeee...Kesian ko Zatie...Lepas bersiap2 kitorang turun sarapan. Menu ringkas jer tapi tetap puas hati. Lagi pun datang sini bukan nak makan kan...huhuhu...Keluar je hotel, dah nampak Pak Rudi tunggu kitorang dekat kawasan parking. Kitorang terus jer menghala ke destinasi pertama, Taman Wisata Alam Tangkuban Parahu seperti yang kitorang rancang semalam. Tangkuban Parahu ni kawasan berbukit jadi suhu ala2 Cameron Highland. Kitorang tak risau sangat sebab Pak Rudi dah biasa bawak pelancong ke sini.

Jumpa Ladang teh semasa perjalanan

Tepi rumah pun ada kebun sayur

Kawasan pertanian atas bukit

Jimat minyak kalau naik kuda...heeee

Sepanjang perjalanan Nurul turunkan cermin kereta. Nyaman betul bila angin sejuk kena kat muka. Sebenarnya Nurul tak ingat berapa harga tiket masuk ke Tangkuban Parahu ni. Yelah datang sini pun masa awal tahun 2014 & sekarang ni pulak awal tahun 2016. Memang beku otak nak ingat balik details ke Bandung ni.Huhuhu...



Yay!!!Kami dah sampai tepat pukul 10.10 pagi. Sejuk betul sampaikan boleh nampak titisan2 air turun. Tapi kitorang berdua tak pakai pun baju sejuk, just pakai kemeja jer. Yang kelakarnya, kitorang pakai baju & tudung warna yang sama padahal tak pernah rancang pun. Ramai yang tanya kami ni adik beradik or kembar ke. Kitorang adik beradik lain mak & lain ayah. Boleh tak jawab cam tu???Heeee...

Acara wajib bila sampai kat sini

See...kan dah kata kitorang pakai pakaian yang hampir sama


Korang jangan terkejut bila sampai jer dekat sini, peniaga akan mengekor jer kemana korang pergi. Bukan kitorang tak nak beli, tapi harga barangan diorang memang mahal. Padahal korang boleh dapat harga yang lebih murah bila beli cenderahati kat Pasar Baru atau tempat lain. Sepanjang kitorang jalan2 kat Tangkuban Parahu, peniaga ni tak jemu2 mengekor kitorang sampai balik. Adoi...memang rimas. Kalau tak kena gaya, mood nak jalan2 kat sini boleh hilang. Tapi bila tengok jer view kat sini, perasaan marah pun boleh hilang.Cantik!!! Sebenarnya kalau korang nak tau, Tangkuban Parahu ni merupakan kawah gunung berapi yang masih AKTIF!!!Mak aihh...kitorang baru tau benda ni masa singgah kat information counter.


Replika Gunung Tangkuban Parahu masa gunung berapi meletus. Masyaallah!!! Luasnya kawasan yang terkena lava gunung berapi ni. Kitorang difahamkan lava gunung berapi ni mengalir sampai ke Subang. No...no...bukan Subang kat Malaysia tapi Subang di Indonesia, tempat penyanyi Tegar berasal kata pekerja kat situ.



Supir merangkap photoghraper tak bertauliah kitorang.Huuuu...




Disebabkan kabus tebal, gambar yang kitorang ambil tak la cantik sangat. Tapi cukup la sebagai kenangan. Kitorang tak lama pun kat sini lebih kurang dua jam jer sebab nak ke tempat lain pulak. Jom tengok gambar lagi sampai korang jemu.Hahahaha...ada mak kisah.

Cuaca sejuk macam ni pekena tauhu goreng panas & jagung bakar. Perghhh!



Deretan kedai di bawah bukit

Tak sah melancong ke Bandung if tak datang ke sini. So, Tangkuban Parahu mesti ada dalam list korang tau. Jom ke destinasi seterusnya Taman Wisata Alam Air Panas Sari Ater masa hari kedua kitorang kat sini. Kolam Air panas ni tak jauh pun dari Tangkuban Parahu jadi masa dah jimat untuk datang ke sini. Bayaran masuk Rp22k, Harga still ingat sebab sempat snap picture tiket sebelum balik.heee...




Melepasi pintu masuk ada 2 orang moskot berpakaian Jawa. Ceh!!!Yang merah tu sempat lagi landing atas bahu Nurul. Berat pulak tu tapi acah2 muka happy sebab nak ambil gambar kan...Orang agak ramai hari ni sebab hujung minggu. So, ramai ambil peluang bawak family mandi kolam air panas. Tapi kitorang just jalan2 jer & tak bawak pun pakaian lebih. Kat Malaysia pun banyak kolam air panas untuk kita pergi.


Lain macam pulak gambar ni.Hahaha...


Kitorang sampai kat sini pun lebih kurang pukul 11.15 pagi. Seronok jugak pusing2 kat Kolam Air panas ni sebab banyak ragam manusia boleh tengok. Sambil tu boleh cuci mata...huhuhu...gurau jer tak sanggup nak tengok orang yang mandi pakai baju seksi. Yang laki2 boleh la cuci2 mata yang perempuan pulak buat sakit mata jer. Adoi...







Kanak2 warga tempatan

Kitorang sempat beli aiskrim spongebob masa rendam kaki dalam kolam air panas. Sedap betul aiskrim tu, rasanya kat Malaysia tak der jual. Masa sibuk rendam kaki, sembang2 dengan sorang pak cik kat situ. Dia cakap pernah datang Malaysia & dulu kerja sebagai askar. Ramah betul orangnya tapi agak gatal sikit Nurul rasa. Hahahaha...



Kemudahan tempat solat jugak disediakan. Gemuk2 ikan kat kolam dalam masjid. Agak2nya kalau masak pun mesti liat kan...Tapi rasanya kalau boleh makan pun tak sanggup sebab scary betul tengok ikan ni. Lepas satu jam habiskan masa kat kolam air panas, tepat pukul 12.15 tengahari kami gerak ke destinasi lain.





Comments

Popular posts from this blog

PULAU REDANG KAMI DATANG!!! (DAY 3)

PULAU REDANG KAMI DATANG!!! (DAY 1)

PULAU REDANG KAMI DATANG!!! (DAY 2)