PULAU REDANG KAMI DATANG!!! (DAY 2)

14 MEI 2015

Sedihnya...nak tau kenapa?Nurul just bawak kamera DSLR jer. Padahal nak pergi snorkeling. So, aktiviti snorkeling masa petang semalam tak der gambar. Seronok jer tengok orang lain bergambar sakan...hampeh!dekat sini, waktu snorkeling untuk setiap resort atau chalet adalah sama. Dah macam nak pergi berperang Nurul rasa. Colour lifejacket pulak berbeza, ikut chalet or resort masing2. Kitorang punya warna merah. Jangan risau, tak der tambahan harga untuk lifejacket & snorkel. Tapi kalau hilang kena bayar tau.








Mesti korang pelik kan macam mana gambar dalam air ni boleh ada?jeng...jeng...jeng...Rupanya korang boleh pergi resort sebelah untuk sewa underwater camera. Tapi bagi Nurul harganya mahal sikit sebab tak berbaloi dengan jumlah gambar yang diorang boleh burn dalam CD. Nurul cuba nasib, pergi tanya reseptionist kat chalet Nurul menginap tu. Rupa-rupanya diorang ada sewakan GoPro!!!Harga pun tak mahal cuma RM30 termasuk dengan CD. Apa lagi, kitorang rembat satu..hihihihi...

Lagi satu petua yang nak bagi korang, masa snorkeling tu bawak roti banyak2. Baru la ikan nak datang dekat. Demand betul ikan ni...hahaha...masa breakfast kitorang tapau roti dari dewan makan banyak2...alaaa...bukan boleh rugi pun tauke chalet ni...tapi kat resort lain jangan buat yer...heeeee....Masa ni kitorang pergi snorkeling kat Taman Laut. Sebab tu ikan jinak2.





Dalam air pun nak wefie jugak...layan...



Ni pulak gambar masa snorkeling kat open sea. Yang ni Nurul  takut sikit sebab air nya dalam. Nama pun open sea kan jadi ombak kuat. Masa ni Nurul dah mula rasa pening, maklum lah...mabuk laut...huhuhu...Yang ni snorkeling waktu petang, lepas makan tengahari. Adoi...pagi tadi punya aktiviti pun tak hilang penat lagi. Tapi kalau tak join rasa rugi pulak.


   Nampak tak kaki orang belakang???Air dalam!!!

Masa ni gigih nak pegang tangan. Konon sehati sejiwa la tu...x per lah bukan selalu kan...

Ada dua bot..satu speedboat satu lagi macam bot nelayan...tapi dua2 pun ok..


Lepas balik dari snorkeling, korang boleh buat aktiviti bebas. Kitorang mandi puas2 kat pantai. Masa ni rasa best giler sebab dah tak ingat masalah yang tinggal kat KL tu. Lagipun nak dengar bunyi kenderaan pun susah. Perut pun dah lapar, so kitorang dengan pakaian yang masih basah dengan slumber pergi minum petang. Perghhhh!!!Badan sejuk dapat minum air panas...menyengat wa cakap sama lu!!!






Petang-petang atau malam boleh baring kat buaian ni.Layan beb...

kitorang sewa bola waktu petang, tak mahal sangat pun just RM10. Ada family dari kelantan nak join main bola tampar. Syok jugak la...riuh rendah dibuatnya.


waktu malam ada BBQ.Gambar tak clear sangat...Nanti kita sambung Day 3 pulak yer.




Comments

Popular posts from this blog

PULAU REDANG KAMI DATANG!!! (DAY 3)

PULAU REDANG KAMI DATANG!!! (DAY 1)